BMCO 2101
KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA
JURNAL REFLEKTIF: KOMUNIKASI LISAN DALAM
PERMAINAN SECARA DALAM TALIAN
Disediakan oleh:
Nur
Ashikin Syahirah Binti Zamri
1914180
Disediakan
untuk:
Dr.
Arina Binti Johari
Kulliyyah
of Languages and Management, IIUM Pagoh
Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdullilah ke hadrat
Allah S.W.T kerana di atas limpah dan kurniaanNya, maka dapatlah saya
menyiapkan jurnal ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan
rintangan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Dr. Arina , selaku pensyarah subjek Komunikasi Antara
Budaya, di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan
banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan jurnal reflektif ini. Ribuan
terima kasih kepada kedua ibu bapa yang saya hormati yang sentiasa memberi
sokongan moral dan kasih sayang dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata,
ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dan memberi sumbangan idea dan cadangan dalam menyiapkan jurnal ini.
Semoga jurnal ini dapat dijadikan sebagai rujukan yang berguna untuk generasi
akan datang.
Sekian, terima kasih.
NUR ASHIKIN SYAHIRAH BINTI ZAMRI
1.0 PENDAHULUAN
Jurnal reflektif adalah satu log pembelajaran kendiri
yang bertujuan merekod pembelajaran yang dilalui oleh individu. Melalui jurnal
ini, dikehendaki merekod dan berfikir secara reflektif tentang apa yang
diperhatikan dan situasi yang dilalui. Dalam Jurnal ini saya akan mengemukakan
beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha menyiapkan jurnal ini. Selain
itu, saya juga menyatakan peristiwa yang berlaku ketika melaksanakan kajian
mengenai komunikasi lisan yang berlaku dalam permainan secara alam talian. Menurut
izzatulnaha (2019), Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang
menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Komunikasi
ini sering kali digunakan dalam suatu interaksi bagi setiap manusia dalam
menjalani kehidupan seharian. Komunikasi lisan ini bukan sekadar untuk
melakukan perbualan sahaja malah ia juga dikategorikan dalam ucapan,
pembentangan, perbualan dalam telefon, mesyuarat dan sebagainya yang melibatkan
dua hala. Komunikasi ini memerlukan pengantar dan penerima dan berlakunya
pemindahan maklumat kepada pemberi kepada penerima untuk proses tindak balas.
Komunikasi ini menggunakan perkataan yang mampu menjadi penghubung kepada
manusia dan dapat membezakan antara manusia dan haiwan. Bahasa yang dituturkan
setiap individu merupakan pengaruh individu tersebut terhadap sesuatu budaya.
Komunikasi lisan dilakukan adalah bertujuan untuk menyampaikan kepercayaan,
nilau, persepsi, idea dan emosi individu.
Seterusnya,
kajian ini telah dijayakan oleh saya dan beberapa kawan saya yang turut
terlibat dalam permainan dalam talian. Saya juga akan menyatakan kekangan yang
dihadapi sepanjang kajian ini dilakukan. Saya juga akan mengaitkan peristiwa
tersebut dengan teori-teori yang saya pelajari dalam subjek Komunikasi
Antarabudaya. Walaupun kajian ini merupakan pertama kali saya membuat projek
berkaitan komunikasi, namun saya mahu berkongsi peristiwa yang berlaku yang
berkait rapat dengan komunikasi antara budaya.
2.0 Objektif
Reflektif
Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan
komunikasi lisan yang berlaku antara pemain yang berlainan budaya dalam situasi
permainan secara dalam talian iaitu PUBG Mobile. Dalam jurnal ini, saya akan menyatakan
secara terperinci pengalaman yang berkaitan dengan komunikasi lisan yang berlaku
antara berlainan budaya. Tambahan pula, terdapat pelbagai peristiwa yang
penting harus dikenal pasti. Saya berpendapat bahawa setiap peristiwa yang
berlaku adalah penting kerana tanpa pengalaman tersebut, kajian ini tidak dapat
disempurnakan. Kajian ini juga dilakukan untuk menunjukkan bahawa suatu
komunikasi tidak dapat berlangsung dengan baik apabila penutur tidak mampu
memberi maklumat yang dapat difahami oleh penerima.
Seterusnya, saya juga menyatakan kekangan yang
dihadapi semasa pengalaman saya berlaku. Saya menganggap bahawa setiap
pengalaman semestinya mempunyai masalah dan kekangannya yang tersendiri.
Kekangan yang dihadapi semestinya berkait rapat apabila suatu komunikasi itu
berlaku tambahan lagi ketika berkomunikasi dengan berlainan budaya. Namun
kekangan yang tersebut dianggap sebagai cabaran bagi saya untuk memahami dan
mengendalikan situasi ketika itu.
Akhir sekali, saya juga akan mengaitkan pengalaman
saya dengan teori komunikasi antara budaya yang telah dipelajari di dalam
kuliah. Hal ini menunjukkan bahawa teori tersebut dipratikkan dalam kehidupan
apabila mempunyai pengalaman ketika bertemu seseorang yang berlainan budaya.
3.0 KEKANGAN
YANG DIHADAPI
Antara kekangan yang
dihadapi ketika komunikasi lisan berlaku di dalam permainan secara dalam talian
ialah perbezaan bahasa. Perbezaan bahasa juga dapat menyukarkan suatu
komunikasi itu berlaku dengan baik. Hal ini akan menyukarkan penutur untuk
menyampaikan maklumat kepada penerima kerana tidak mempunyai kefahaman bahasa
yang sama. Penggunaan kata-kata yang dapat difahami oleh kedua pihak sangat
mempengaruhi dan mampu membina komunikasi yang baik. Seseorang pendengar pasti
akan memberi perhatian yang baik sekiranya penutur berbicara dalam bahasa yang
mudah. Sebagai contoh dalam pengalaman yang dilalui, pemain yang menjadi
kumpulan saya merupakan orang yang berasal daripada Indonesia di mana dia
merupakan seorang yang hanya boleh bercakap dalam slang Jawa sahaja. Hal ini
telah menyukarkan saya untuk memahami apa yang dibicarakan kerana saya tidak
mempelajari bahasa tersebut. Walaupun bahasa yang digunakan ialah bahasa melayu
namun ditambah dengan slang Jawa menyebabkan saya tidak dapat apa yang ingin
disampaikan. Hal ini juga telah menimbulkan salah faham antara kami sekaligus komunikasi
tersebut tidak dapat berjalan dengan baik dan ditamatkan begitu sahaja.
Di samping itu, stereotaip
juga salah satu kekangan yang dihadapi dalam situasi tersebut. Stereotaip
merupakan satu tanggapan yang negatif terhadap sesuatu etnik. Ia merupakan satu
gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada suatu kumpulan etnik. Namun ia lebih kepada satu pandangan negatif yang
berteraskan interaksi dan semangat perkauman. Dalam permainan PUBG Mobile, orang
Myanmar telah dicop sebagai seorang yang pentingkan diri, penakut dan bermain
secara kotor. Hal ini telah menjadi tanggapan negatif setiap pemain terhadap
pemain dari Myanmar. Mereka bertanggapan begitu kerana mereka melihat sendiri
cara orang Myanmar dalam bermain permainan tersebut. Mereka tidak akan memberi
kerjasama walaupun di dalam satu kumpulan, menyembunyikan diri daripada
berlawan dengan musuh dan bermain taktik kotor seperti godam permainan tersebut
supaya mereka menang dengan mudah. Hal ini telah membuatkan pemain dari
Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mereka kerana bersikap sedemikian.
Akhir sekali, tidak
mempunyai kesepakatan yang sama juga merupakan kekangan yang dihadapi ketika
permainan berlangsung. Suatu komunikasi akan terhalang sekiranya terdapat
persepakatan yang berbeza dalam membuat sesuatu keputusan. Malah hal ini mampu
menimbulkan perbalahan dan salah erti antara satu sama lain. Sebagai contoh,
dalam satu kumpulan permainan perlu ada sikap kerjasama antara satu sama lain bagi
menumpaskan musuh. Jika tiada semangat tersebut boleh menyebabkan permainan
tersebut akan kalah dan mampu menimbulkan ketidakpuasan hati antara ahli
kumpulan. Hal ini telah menjadi masalah kerana saya berpengalaman mendapat
seorang ahli kumpulan yang degil dan selalu tidak bersetuju terhadap keputusan
yang dibuat oleh ahli yang lain. Hal ini berlaku kerana dia merasakan strategik
yang telah dibuat tidak sama seperti yang dirancang olehnya bagi memenangi
permainan tersebut. Oleh hal demikian, persefahaman yang berbeza mampu
membuatkan suatu komunikasi tidak dapat disampaikan dengan baik.
4.0 APLIKASI
TEORI KAB DALAM KEHIDUPAN/ PROSES PEMBELAJARAN
Melalui jurnal ini, terdapat
beberapa teori komunikasi antara budaya yang telah diaplikasikan dalam
peristiwa yang dikaji iaitu teori komunikasi lisan. Komunikasi merupakan suatu
kegiatan yang ada di kehidupan seharian kita sebagai satu bentuk interaksi
dengan individu atau kelompok lain. Hal ini dapat dilihat secara jelas bahawa
komunikasi lisan ini terjadi dari suatu pengucapan kata-kata secara lisan dan
berlangsung ke individu lain sebagai penerima. Menurut pakar komunikasi,
Komunikasi lisan mempunyai dua jenis iaitu komunikasi langsung dan tidak
langsung. Komunikasi langsung merupakan komunikasi lisan yang terjadi tanpa
adanya perantara, jarak dan alat atau media yang digunakan dalam berkomunikasi.
Manakala, komunikasi tidak langsung pula menggunakan media atau alat perantara
seperti telefon bimbit, komputer atau lain-lain sebagai penyampai pesanan.
Melalui pengalaman yang dilalui, komunikasi yang terlibat adalah komunikasi
secara tidak langsung dimana kami berkomunikasi melalui telefon bimbit semasa
bermain permainan tersebut.
Seterusnya, saya telah
memilih teori Nilai Dimensi Hofstede dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.
Nilai Dimensi Hotfstede merupakan satu teori yang menggunakan data statistik
untuk menerangkan tentang budaya. Teori ini telah dilakukan kajian ke atas
lebih lima puluh negara di tiga rantau. Teori ini mempunyai lima eleman seperti
individualism kolektivisme, penghindaran ketidakpastian, jurang kuasa, maskulin
feminine dan jangka orientasi. Individualism bermaksud sikap yang mementingkan
diri sendiri manakala kolektivisme pula lebih kepada muafakat iaitu
mementingkan kumpulan atau kepentingan bersama. Merujuk kepada Devito (2009)
mengatakan bahawa menekankan pentingnya nilai-nilai kelompok atau kolektif
seperti amalan tradisi, murah hati dan kepatuhan. Berdasarkan pengalaman saya
dapat dilihat bahawa orang Malaysia mempunyai elemen kolektivisme dalam diri
masing-masing. Hal ini disebabkan masyarakat melayu telah dididik untuk saling
hidup bermuafakat bagi mengeratkan hubungan silaraturahim antara satu sama
lain. Selain itu, orang melayu turut diajar untuk bertutur menggunakan bahasa
yang sopan dan santun. Masyarakat Malaysia turut lebih mementingkan matlamat
kebajikan berbanding pencapaian kehendak individu. Sikap individualism dapat
dilihat pada diri individu yang berasal daripada negara luar yang lebih
mementingkan pencapaian individu dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat dikaitkan
dengan situasi dalam permainan ini dimana pemain dari Malaysia sememangnya akan
memberi kerjasama dalam satu pasukan. Langkah yang diambil oleh pemain Malaysia
adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya konflik antara individu. Jika
dibandingkan dengan masyarakat di negara luar, mereka bersikap pentingkan diri
sendiri terlebih dahulu tanpa memikirkan orang lain. Hal ini dapat menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dan
negara luar.
Akhir sekali, jangka masa
orientasi yang terdiri daripada jangka masa panjang dan pendek. Menurut
Hofstede (1989), menyatakan bahawa jarak kuasa bermaksud di mana mereka yang
kurang berkuasa di dalam sesuatu organisasi, termasuk institusi kekeluargaan,
menerima dan merasakan bahawa kuasa diagihkan secara tidak adil. Jarak kuasa
jauh menunjukkan semakin jauh jarak kuasa semakin tinggi darjat ketaatan
masyarakat kepada ketua dalam masyarakat yang mempunyai status. Oleh hal
demikian, orientasi jarak kuasa jauh amat mementingkan kesejahteraan dan
kebaikan semua untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh, Malaysia amat memberi
penekanan dalam nilai-nilai moral yang perlu diamalkan dalam kehidupan seperti
menghormati antara satu sama lain. Dalam situasi pengalaman saya, pemain
Malaysia akan menghormati antara satu sama lain walaupun tidak mengenali antara
satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh penerapan nilai moral yang telah diasuh
ketika masih kecil lagi. Mereka telah mengaplikasikan nilai moral di dalam
permainan tersebut dengan menutur
kata-kata yang baik dan tidak menyinggung mana-mana pihak bagi mengelakkan kesalahfahaman
antara satu sama lain. Hal ini amat
berbeza dengan masyarakat di negara luar yang mengamalkan orientasi jangka yang
pendek iaitu tidak mementingkan status dan pentingkan keputusan jangka pendek.
Mereka tidak diterap nilai-nilai moral seperti menghormati yang lebih tua malah
mereka lebih bersikap terbuka dan bebas. Bagi masyarakat negara luar pula,
mereka mempunyai kebebasan dalam bertutur bahasa yang kurang sopan tanpa
mengira umur. Budaya mereka juga tidak terlalu mementingkan penggunaan bahasa
yang sopan. Amalan mencarut dan bertutur perkataan yang tidak elok dianggap
perkara biasa bagi masyarakat mereka. Justeru itu, kita dapat lihat bahawa
masyarakat Malaysia masih menjaga kesantunan bahasa dan nilai moral dalam
pelbagai situasi. Hal ini juga menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai sikap
semulajadi tersendiri iaitu sopan santun dan budi pekerti.
5.0 PENGALAMAN
Pengalaman yang saya ingin
ceritakan adalah pengalaman saya mengalami gangguan dalam komunikasi lisan yang
tidak berkesan ketika bermain permainan PUBG Mobile. Permainan ini memerlukan
empat orang dalam satu pasukan. Namun pada hari tersebut, saya dan dua orang
kawan sahaja yang bermain ketika itu. Jika pasukan tidak cukup pemainnya, maka
pemain seorang lagi akan di pilih secara rawak tanpa mengira negara dan ia atas
nasib negara mana yang kita akan peroleh. Ketika permainan ingin bermula, kami
berasa amat berdebar kerana bimbang mendapat pemain yang mementingkan diri atau
dari negara luar. Setelah memasuki gelanggang permainan, kami mendapati bahawa
nasib kami tidak bernasib baik kerana mendapat pasukan dari negara Myanmar.
Seperti sedia maklum, pemain Myanmar tidak terlalu memberi kerjasama kepada
ahli kumpulan malah dia hanya bergerak secara solo. Kami berasa amat marah
kerana mendapat pasukan yang tidak mampu memberi kerjasama kepada kita. Hal ini
boleh mendorong kepada kekalahan dalam permainan. Namun begitu, pemain Myanmar
ini akhirnya menyedari bahawa dia sepatutnya mengikuti kami. Pada awalnya, dia
tidak membuka suara dan hanya berdiam diri. Setelah itu, dia melihat musuh di
hadapan lalu dia membuka suara untuk memberitahu kami bahawa di sana ada musuh.
Dia berkata “Hey! Lali Lali! Enemy!” kepada kami. Kami cuba untuk mentafsir apa
yang ingin disampaikan olehnya. Adakah dia memberitahu arah musuh tersebut atau
sebaliknya. Salah seorang daripada kami menjawab “where is the enemy?” kerana
ingin mengetahui kedudukan musuh secara lebih terperinci. Namun dia masih
mengucapkan perkataan yang sama kerana dia tidak mengetahui bagaimana untuk
berbicara dalam bahasa Inggeris. Lalu kami terus menerjah kearah tersebut lalu
kami diserang oleh pihak musuh lalu mati dan hanya dia seorang yang hidup dalam
pasukan tersebut. Oleh hal demikian, tercetus salah faham antara kami kerana
dia tidak memberitahu arah yang sebetulnya kepada kami. Selain itu, dia juga
tidak menyertai kami untuk menyerang musuh tersebut. Dia hanya duduk di
belakang menyorok di belakang pokok. Kami amat marah kerana dia langsung tidak
memberi kerjasama kepada kami, tiada semangat berpasukan dan penakut untuk
lawan. Oleh sebab itu jugalah pemain akan menganggap pemain Myanmar penakut dan
tidak memberi kerjasama dalam pasukan. Hal ini juga berlaku kerana apa yang
ingin disampaikan tidak jelas dan maklumat yang ingin disampaikan tidak sampai
kepada penerima.
6.0 KESIMPULAN
Konklusi bagi jurnal
refleksi ini, tugasan kajian dalam pengalaman telah dilaksanakan banyak
membantu saya dalam mengenalpasti masalah yang timbul sekiranya berkomunikasi
dengan orang yang berlainan budaya. Daripada masalah ini, saya telah mampu
untuk memperbaiki diri dalam mengatasi masalah komunikasi yang tidak berkesan
daripada terus berlaku di masa akan datang.
Selain itu, saya dapat
mengenalpasti kekangan yang dihadapi berdasarkan pengalaman yang saya harungi.
Dalam kajian ini, saya turut menyedari bahawa saya perlu menambah ilmu
pengetahuan dengan mempelajari bahasa asing selain daripada bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Saya juga perlu mengubah tanggapan negatif terhadap masyarakat
lain kerana setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Seterusnya,
sikap kerjasama serta bersepakat merupakan perkara yang paling penting ketika
berada di dalam kumpulan. Pada waktu yang sama, hal ini telah menyedarkan saya bahawa
kita perlu mengambil setiap pengajaran daripada pengalaman saya dan tidak
mengaplikasikannya di dalam kehidupan.
Akhir sekali, saya juga
dapat melihat teori yang saya pelajari di dalam kelas telah diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Saya juga dapat memahami teori yang dipelajari secara lebih
mendalam apabila dikaitkan dengan aktiviti harian. Justeru itu, kita dapat
lihat bahawa setiap budaya itu mempunyai cara yang berbeza terutama ketika
berkomunikasi dengan individu yang berlainan budaya.
7.0 BIBLIOGRAFI
Heru. (2017, August 19). Pakar
Komunikasi.com. Retrieved from Komunikasi Lisan – Proses – Jenis:
https://pakarkomunikasi.com/komunikasi-lisan
izzatulnaha. (2019). KOMUNIKASI
LISAN. Retrieved from
https://www.google.com.my/amp/fstm.kuis.edu.my/blog/komunikasi-lisan/amp/
maharam. (2014, May 23). Retrieved
from Contoh Jurnal Refleksi Pemuliharaan Alam Sekitar di Taman Botani Kepong:
http://contohtugasan.blogspot.com/2014/05/contoh-jurnal-refleksi-pemuliharaan.html?m=1
online, i. (2017, August 5).
Retrieved from Dimensi Budaya Hofstede (1980):
http://ilmiahonline2017.blogspot.com/2017/08/dimensi-budaya-hofstede-1980.html?m=1

Comments
Post a Comment